Sebanyak 869 biji telur tuntung laut atau nama saintifiknya Batagur Borneoensis dieram melibatkan 82 sarang sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Program Pemuliharaan Air Tawar WWF Malaysia, Datin Daria Mathew berkata jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding sepanjang tahun lalu yang merekodkan 89 sarang dengan 874 biji telur dieramkan.